Mun dari segi duit, ada antara kita tuk yang B40, ada yang M40, ada yang T20
Tapi mun dari segi rezeki, kita semua adalah T20
Dalam buku Beduk Diketuk Lagi, tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi, bab 8, mukasurat 58, diringkaskan cerita, seorang lelaki nanyak ngan Tok Imam, “camni mok nambah rezeki?”. Dengan rilek jak Imam ya madah:
“luaskan pengertianmu tentang rezeki”
“Jangan bataskan erti rezeki itu pada wang ringgit. Rezeki itu bukan hanya wang, tetapi banyak lagi. Kesihatan, ilmu, sahabat, masa lapang, idea dan kemampuan untuk melaksanakan ibadah juga rezeki”
Rezeki mun diitong, boleh molah kita terasa kaya. Mun 1 rezeki utama bersamaan dengan RM1 juta, cuba tangga berapa juta dapat dioleh dibah tuk:
| REZEKI | NILAI |
| Ada mata dan dapat nangga | RM1,000,000 |
| Ada telinga dan dapat mendengar | RM1,000,000 |
| Ada mulut + lidah dan dapat kelaka | RM1,000,000 |
| Ada hidung dan dapat cium bau | RM1,000,000 |
| Ada duak-duak tangan dan dapat dipake | RM1,000,000 |
| Ada duak-duak kaki dan dapat bejalan berlari | RM1,000,000 |
| Sihat tubuh badan | RM1,000,000 |
| JUMLAH | RM7,000,000 |
nampak macam benda remeh… “ada mata lah, ada kaki lah”…. cuba bayangkan mun kita sekda mata, berapa dah rugi sia. Bersyukurlah dan jangan sesekali mengkufuri nikmat. Okay, cuba itong berapa nilai rezeki-rezeki seterusnya.
| REZEKI | NILAI |
| Ada pelajaran | RM1,000,000 |
| Dapat masuk U | RM1,000,000 |
| Dapat merasa graduate | RM1,000,000 |
| Ada pekerjaan | RM1,000,000 |
| Kerja ngan company yang bagus | RM1,000,000 |
| Senang mintak cuti | RM1,000,000 |
| Gaji yang setimpal | RM1,000,000 |
| Dapat jaga solat waktu bekerja | RM1,000,000 |
| Tempat kerja dekat dengan rumah | RM1,000,000 |
| Tiap tahun dapat beraya | RM1,000,000 |
| Rumah dekat dengan Mak Bapak | RM1,000,000 |
| Mak Bapak masih hidup | RM1,000,000 |
| Mak Bapak masih sihat | RM1,000,000 |
| Mudah urusan waktu nikah | RM1,000,000 |
| Ada bini | RM1,000,000 |
| Bini cantik dan solehah | RM1,000,000 |
| Ada kereta | RM1,000,000 |
| Ada sahabat yang baik | RM1,000,000 |
| JUMLAH | RM18,000,000 |
Lain orang lain senarai nya, tapi kita semua tetap nerimak rezeki yang melobo-lobo banyak. Sapa rasa rezeki nya kurang dari orang lain, cuba duduk dan fikir, hitung dolok rezeki ya. Jangan rasa down atau iri hati, kerana kita semua adalah T-Twenty.
ingatlah, Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pemberi Rezeki